Action Research

Saturday, May 9, 2009

Lecture 3 Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan ( Kuliah 4/5/09 )

4 jenis perubahan:

1. Perubahan ke arah peningkatan
- Terdapat perubahan dalam struktur organisasi

2. Perubahan strategik organisasi
- Melibatkan perubahan dalam peranan organisasi, nilai teras, misi, organisasi staf, struktuk dan strategi organisasi

3. Perubahan akibat daripada jangkaan
- Perubahan dilakukan disebabkan oleh kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan
kompetitif.

4. Perubahan reaktif
- Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
pihak berkepentingan

Perubahan adalah kompleks
- Perubahan berlaku disebabkan oleh evolusi dan revolusi.

Perubahan itu multidimensi
Terdapat 6 dimensi:
a) Tujuan perubahan
b) Unit perubahan
c) Sifat perubahan
d) Magnitud perubahan
e) Skop perubahan
f) Jangkamasa perubahan

Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Model-model perubahan
a) Model penggabungan Roger
b) Model Kanter
c) Model Rand
d) Model Acot

KERJA KUMPULAN:
NYATAKAN 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN &
BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA


Sebab-sebab:
a) Sikap konvensional
b) Selesa dengan keadaan semasa
c) Prosedur birokrasi yang mengambil masa yang panjang
d) Persekitaran yang tidak sepadan dengan perubahan
e) Tidak mendapat sokongan daripada pihak atasan
f) Kekurangan peralatan
g) Pendedahan pengetahuan yang sempit
h) Kekurangan keyakinan diri

Cara penyelesaian:
a) Mempunyai sikap terbuka
b) Kerjasama di antara pihak pentadbir dan pihak pendidik
c) Menyempurnakan diri dengan ilmu kontemporari
d) Selalu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru
e) Kelengkapan peralatan yang sesuai

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home