Action Research

Saturday, June 13, 2009

Lecture 10 ( 9/06/2009 )

Penganalisisan Data

Proses yang menggunakan data yang dikumpul untuk memberikan maklumat yang berguna untuk cadangkan keputusan dan kesimpulan.

Dapatkan sekurang-kurangnya tiga jenis data untuk dianalisis.

Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik semasa data dianalisis.

Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilangan dan bandingkan serta membuat anggaran.

Langkah Analisis Data kualitatif

(a) Langkah pertama
-Tengok maklum balas secara lalu
-Catatkan nota berdasarkan tema yang muncul, isu atau faktor yang didengar.
-Item yang berulang atau penting diberi perhatian.

(b)Langkah dua
-Tiga / empat tema/ kategori yang muncul dipilih seterusnya matriks dibina.
-Buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
-Tema kategori berada di atas carta manakala senarai pelajar di tepi carta.
-Setiap kategori yang berlainan boleh dibezakan dengan warna kod yang berlainan.

(c) Langkah tiga
-Perbincangan dengan pendidik yang lain boleh dilaksanakan.
-Tinjauan ( soal selidik ) dibaca dan kata kunci yang berkaitan dengan tema dikenalpasti
-Seterusnya, rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian dengan carta matriks yang telah dibina.

(d)Langkah empat
-Tanya soalan(Apa yang telah saya dapat ?)
-Rekodkan pemerhatian pola seperti pola konsep dan pola sikap apabila memerhatikan matriks.
-Tulis/rekod pemerhatian di bawah carta matriks.
-Sokongan bacaan jurnal

(e) Langkah lima
-Rekodkan kesimpulan samada di bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.

(f)Langkah enam
-Rancangkan langkah yang seterusnya samada melalui:
Tinjauan(soal selidik lain)/ Temubual/ Penilaian
Semak semula persoalan kajian
Bina modul/aktiviti
-Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
-Apakah maklumat yang masih diperlukan
a) Atas pelajar
b) Atas kaedah
c) Maklumat latar belakang untuk tajuk yang berkenaan


Kegunaan Data dalam PLAN-DO-STUDY-ACT CYCLE
1. Plan
Nilai dan ringkaskan semua data yang sedia ada
Analisis dan kenalpasti tema utama
Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan

2. Do
Kumpul data
Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi

3. Study
Analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan

4. Act
Kenalpasti soalan tambahan
Rancang untuk penambahbaikan berterusan
Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses yang berterusan dalam penyelidikan tindakan
Kita mungkin tidak dapat keputusan jangkaan tetapijangan risau.
Dapatan kajian adalah bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran untuk seterusnya.

Panduan Analisis Data:
-Reka bentuk pendekatan sistematik dan simpan semua data
-Cuba memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh data
-Cari tema dan pola
-Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
-Masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
-Baca data secara berulangan
-Bina imej visual (Contoh: jadual dan carta) untuk ringkaskan maklumat.
-Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
-Kongsi dapatan di mana perbincangan akan menimbul soalan baru
-Let the data speak to you

Proses Analisis Data
-Analisis semua data dan buat nota ringkas sepanjang masa
-Cari tema dan pola
-Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
-Lihar kembali data dan semak tema-tema yang telah buat
-Bina subtema jika perlu
-Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadang kala dapatan mengejutkan
-Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
-Kenalpasti poin yang utama
-Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home