Action Research

Monday, June 1, 2009

Lecture 7 ( 29/5/09 )

Pengumpulan data

Pengenalan

  • Ada pelbagai teknik boleh digunakan dalam pengumpulan data.
  • Pelbagai teknik yang digunakan untuk mengumpul data tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian
  • Penyelidikan kajian tercapai jika dilakukan dengan sempurna
  • Oleh itu, usaha memastikan kualiti tinggi dalam penyelidikan kajian perlu dipelajari dengan lebih gigih


3 Sebab perlu mencapai kualiti tinggi:

  1. Tanggungjawab kepada pelajar
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah pengetahuan) melalui kajian tindakan


Kriteria Kualiti:

Kesahan (Validity)
1. Merujuk kepada kebenaran data
2. Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji


Kebolehpercayaan (Reliability)
1. Berkaitan dengan ketepatan data
2. Masalah kebolehpercayaan sering berlaku dalam pendidikan apabila data diambil dari sampel yang kecil.
3. Demi penambahbaikan data pernyelidikan tindakan, soalan-soalan yang perlu ditanya ialah
- Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
- Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?


5 Tahap Penyelidikan Tindakan
Tahap 1 Mengenalpasti masalah
Tahap 2 Perancangan tindakan
Tahap 3 Pengumpulan data
Tahap 4 Analisis data
Tahap 5 Perancangan untuk tindakan seterusnya


Alat Pengumpulan Data
Pemerhatian - Video tape
Nota guru dan komen
Kerja pelajar
Refleksi pelajar dan kerja pelajar
Jurnal pelajar
Ujian
Tinjauan Soal Selidik
Temuduga (Audio tape)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home